skbk1.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 1 BANDAR KINRARA
JALAN BK 2/10, BANDAR KINRARA, PUCHONG, SELANGOR. Tel : 0380768176, Faks : 0380768176 e-mel : [sks1bk]@[yahoo.com]
| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | TAKWIM SEKOLAH |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Makmal sekolah

Sekolah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara mula, beroperasi pads 2.1.2001. Keluasan sekolah ini ialah lebih kurang 6 ekar. Struktur bangunan terdiri daripada, empat blok. Daripada, jumlah tersebut terdapat 28 buah bilik darjah, sebuah bangunan kantin, dua buah bangunan tandas murid. Sekolah juga menyediakan kemudahan bilik khas seperti Pusat Sumber, Bilik Sains, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Rawatan, Dua buah Makmal Komputer, Surau dan Kedai buku. Dari segi kelengkapan semua bilik khas ini masih tidak mempunyai kelengkapan yang secukupnya. Kemudahan bagi aktiviti sukan dan permainan terdapat empat buah gelanggang sepak takraw serta dua buah gelanggang badminton dan sebuah padang bagi aktiviti sukan dan permainan. Aktiviti Kokurikulum dijalankan pada setiap hari Sabtu minggu ke dua, dan keempat. Jumlah murid pada awal pembukaan sekolah ini ialah seramai lebih kurang 700 orang. Jumlah ini terus meningkat dan sehingga tahun 2009 bilangan murid ialah seramai 1659 orang. Mereka, terdiri daripada, pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kebanyakan murid dari kawasan tempat tinggal yang berdekatan. Murid-murid yang ada sekarang terdin daripada murid Tahun 1hingga Tahun 6.


Bangunan kantin sekolah

Bangunan Perpustakaan sekolah

Tahap pencapaian murid diukur menerusi ujian dan peperiksaan. Pihak sekolah menetapkan setiap murid akan menduduki 4 siri ujian formatif(bulanan) dan 2 siri Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah( PKSR). Sehingga hari ini sekolah telah menganjurkan beberapa aktiviti tahunan sekolah seperrti Sukan Tahunan, Merentas Desa, Hari Terbuka, Hari Anugerah Kecemerlangan serta beberapa aktiviti penganjuran untuk peringkat Zon dan daerah . PIBG dan sekolah juga turut bekerjasama menganjurkan beberapa aktiviti untuk mengutip dana bagi sekolah. Pihak sekolah serta PIBG memohon kerjasama semua pihak khasnya ibu bapa/penjaga untuk bersama-sama menjayakan majlis tersebut.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: